Thursday 30 June 2011

“Saya Ulang, Astro Tak Faham Beban Rakyat”

“Saya Ulang, Astro Tak Faham Beban Rakyat”

memang diorang taknak faham....

10 KESILAPAN BLOGGER YANG MAHUKAN TRAFIK


10 KESILAPAN BLOGGER YANG MAHUKAN TRAFIK

Pernahkan anda semua tertanya-tanya apakah kekurangan blog anda sehingga sekarang trafik blog tak naik-naik? Jika ya, bagus! Bertanya sudah bagus.. jangan pula ada dengki pada blog orang lain yang trafik tinggi. Jika anda mengalami sakit hati(dengki) pada orang lain maka anda hanya membuang masa sahaja. Sepatutnya mereka yang sudah berjaya dijadikan inspirasi, barulah rahsia-rahsia mereka terbuka kepada anda. Oklah, back to the point...


Disini kami ingin menyenaraikan beberapa kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang blogger yang inginkan trafik tinggi. Sila lihat adakah blog anda terbabit dengan kesalahan-kesalahan di bawah ini atau tidak.

1. MENULIS DIARI
Susah untuk anda menarik trafik jika anda hanya menulis diari. Pembaca inginkan sesuatu yang bermanfaat. Melainkanlah jika anda menulis diari yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup pembaca. Jika diari anda berbentuk inspirasi, peluang untuk anda meningkatkan trafik mungkin tinggi.

2. BACKGROUND LAYOUT
Cuba anda lihat balik blog anda, sakit mata ke atau menenangkan? Background layout amat penting untuk diutamakan. Kerana Background yang akan menggambarkan siapakah penulis blog. Background Blog tidak seharusnya terlalu terang sehingga silau mata pembaca. Apabila warna terlalu terang, mata pembaca akan terganggu ketika membaca kandungan blog. Warna yang terbaik untuk background ialah warna yang muda dan gradient, ditambah pula dengan texture background yang simple. So, berikanlah diri anda ruang masa untuk tenung background blog sendiri lama-lama. Jika mata anda cedera, maka amat sesuailah untuk anda menukar background dengan segera.

3. AUTOPLAY MUSIC
Inilah salah satu punca hidup pengunjung blog anda tak tenang. Bukan semua orang rela mendengar lagu yang anda pasangkan di blog. Yang paling teruk lagi jika lagu tersebut lagu ROCK.... Bayangkanlah jika seseorang itu membuka volume maximum dan kemudian membuka blog anda? Confirm tak masuk dah.. (TRAUMA). So, pertimbangkanlah semula mengenai hal ini jika anda masih inginkan trafik yang tinggi.

4. WIDGET BERAT
Apa masalahnya jika blog anda mempunyai widget yang berat? Masalahnya ialah blog anda juga akan menjadi berat. Apabila blog berat, masa yang diambil oleh blog anda untuk muncul amatlah lambat. Apabila blog anda lambat muncul, maka pengunjung blog anda akan berfikir 10 kali untuk masuk ke blog anda ataupun tidak. Pengunjung pasti tidak mahu datang ke blog anda buat kali ke 2 setelah blog anda menyebabkan seluruh komputer mereka HANG. So, langkah yang paling mudah untuk anda lakukan sekarang ialah menyingkirkan widget-widget yang bermasalah berat dan pilihlah widget yang slim dan ringan.

5. ALERT MESSAGE
Pernahkah anda masuk ke mana-mana blog dan secara tiba-tiba anda dihidangkan dengan ALERT MESSAGE "Selamat datang ke blog comel saya"? Jika anda dihidangkan dengan 1 sahaja masih boleh tahan, tetapi apabila 5 jenis hidangan keluar sekali gus? Letih jari nak close ALERT MESSAGE tu.. So, cuba lihat semula pada blog anda, adakah anda juga menghidangkan ALERT MESSAGE? Jika ya, silalah bertindak dengan segera menghapuskan ALERT MESSAGE..

6. SUSUNAN KANDUNGAN BLOG
Seperti biasa, sila lihat blog anda dan soalkan adakah kandungan blog anda tersusun? Jika ya, bagus.. Jika tidak tersusun, maka inilah masanya untuk anda bergotong-royong di dalam blog anda. Tujuan kita menyusun kandungan blog ialah supaya kandungan lebih tersusun dan mudah dicapai oleh pengunjung. Terdapat beberapa error yang selalu berlaku pada blogger iaitu apa yang ditulis mereka entah hilang ke mana, amat menyusahkan pengunjung yang ingin membaca sesuatu. So, jika blog anda tak tersusun, inilah masanya untuk bergotong-royong. Tak rugi jika blog lebih tersusun...

7. JENIS TULISAN
Sebelum anda membaca bahagian ini, cuba anda bertanya kepada diri sendiri "kenapa aku nak trafik tinggi?".. Sudah tentu sebab anda nak berkongsi sesuatu dengan pembaca kan? So, inilah masalahnya untuk blogger yang menggunakan tulisan kecil dan juga colourful. Jika tulisan blog anda terlalu kecil dan terlalu berwarna-warni, adakah akan memudahkan pembaca? Inilah masalah yang selalu dilakukan oleh seorang blogger yang inginkan trafik. Jika diri sendiri pun baca terpaksa mengeja slowly one by one, apatah lagi orang lain pula nak baca laju-laju. So, sila ambil berat hal ini dan bertindak dengan segera apa yang patut.

8. BLOG ANDA SAMA SEPERTI YANG LAIN
Hanya satu sahaja yang dicari oleh pembaca iaitu keistimewaan blog anda. Apakah yang menjadi tarikan kepada pengunjung untuk menjadi pembaca setia blog anda? Adakah sebab gaya penulisan yang kreatif? Adakah kerana anda mempunyai rahsia yang tidak ada pada orang lain? Atau yang lain-lain? Inilah yang anda perlu pastikan anda ada. Tiada guna jika ada 100 blog yang seperti anda. Pastikan blog anda unik dari yang lain.

9. NIAT ANDA TERPESONG
Apakah niat anda berblogging? Adakah semata-mata inginkan trafik dan populariti? Jika ya, inilah yang akan menjadi hijab untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Anda sepatutnya berniat baik ingin berkongsi dan jujur dalam menulis. Apabila niat anda baik, maka pembaca turut akan merasai keikhlasan anda berkongsi ilmu.

10. SPAM CHATBOX BLOG ORANG LAIN

Inilah masalah paling utama berlaku pada semua orang dan juga pernah berlaku pada fcucommunity. Berdasarkan kesilapan yang pernah kami lakukan ini, kami mendapati pemilik blog tidak suka apabila chatbox mereka dihantar mesej-mesej tak penting. Sebelum anda diCOP sebagai spammer, lebih baik anda hentikan gejala tak baik ini dengan segera. Bermesejlah dengan jujur, Bukanlah semata-mata inginkan trafik. Apabila anda jujur, maka disitulah trafik anda akan lebih meriah. :)

Wednesday 29 June 2011

Sembang...

Td Mummy dapat email dari seorang kawan. Kwn sama study dulu...
kami memang baik dari Part 1 higga last sem (1 umah sewa)..
bila dah habis study dia balik Johor (segamat) sebab mak dia tak bagi duduk kat Penang dah..
dia pon ikotkan je la.. (sekarang keje kat TNB Pasir Gudang)

Dlm email dia bercerita tentang ibunya suka marah2 & memburuk2kan dia kepada saudara2 di sana...
mcm dah tak sebulu dah diorang ni...

sejak dia berkahwin ibunya suka marah2, perli2 sampai dia tak tahan dah

selalu kita yang berkahwin ni ada masaalah ngan ibu mertua, tapi kwn saya ni dgn ibu sendiri la plak...

kesian..
tapi nak buat mcm mana dah ibu kita kan....
kena sabaq je la no...

Tuesday 28 June 2011

hadoi.... hormat la sikit

Sebelum balik nak merungut sikit....

td lepas masuk dari tea break, kat cube ni ada plak bau durian...
hadoi.... Orang bawak durian ke, sendawa durian ke tak taw la...
kat office bau durian.... bukan la anti durian...
tapi spoil mood la kat dalam aircond bau durian....

Sapa yang terasa tu sorry la bebanyak ek...
cuma sepatutnya dah taw dok aircond tu takyah la bawak aura 'durian' ye...

Rumah Baru....

Salam & Hi...

Semalam Myna jatuh dari walker....
cian kat dia menangis tak maw2... sampai tak taw nak wat apa...
lepas cuci muka dia (ikot petua orang tua2) Mummy pon telefon la Tok Ibu kat kampung supaya Myna senyap.. (Myna memang suka cakap kat dalam telefon)... bila dia dah reda nangis, Mummy plak ckp ngan Tok Ibu. Tok Ibu tengah renovate umah (dah 90% siap) tinggal pasang mozek je. Tok Ibu dapat mozek free dari kakak dia kat Pasir Gudang... Tok Ibu tak sabar2 nak tunggu siap umah, Tok Ibu kata Myna dapat 1 bilik...

Tok Ibu kena tunggu Myna balik raya taw.... nak sangat tengok rumah baru Tok Ibu tu...
Mummy Rindu Tok Ibu

Tok Ibu Doakan kami dapat balik raya tahun ni ya...
hopfully ameen....

Monday 27 June 2011

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

patut ke di haramkan????
kesian rakyat islam di sana

Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!

Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!

(berbaloi ke langgan Astro sekarang)....

Monday blues...

Selamat berhari isnin...
monday blues banyak keje plak....

kepada Sepah...
tahniah... memamg sepatutnya korang menang...

mase lunch td...
teman member dari tekno... beli baju utk nak ke KL (utk ke resepsi adik dia)
tapi dia just beli tshirt utk ke sana...
saya cadangkan ke 1 kedai di Giant... baju dia murah2 semurah RM 10... kira berpatutan la...
klu murah boleh beli banyak2 heheheheh

promote ni...

Friday 24 June 2011

Friday Activity

  •  Kungfu Panda
  •  4.00 pm
  • The Garden Cyberplex Motorola Penang
Jom2
   

Today is Friday....

Tak taw la nak tulis pasal apa...

Tapi semalam Daddy Myna 'terlupa' mummy kat office...
dah dekat sampai umah baru perasan... so Mummy Myna balik lambat la jawabnya...
Dalam pukul 7 baru Daddy sampai....

Bila Mummy masuk dalam kereta tengok Daddy tak mandi lagi then tanya dia - dia kata tertidur letih....
takpe la tak la kisah sgt...

Selalunya balik dari kerja (5.30pm) balik lepas ambil myna terus masak mkn mlm...
So, semalam mummy ambil myna dari rumah ibu pukul 7 lebih lah...

balik2 umah je bau semacam wangi.... (bau orang masak)...
nak taw rupa2nya Daddy dah siap masak (sambal tumis, telur dadar & ikan bilis goreng)
mummy pon gelak2... sebeb sebelum ni dia langsung tak taw masak... even masak nasik pon tak taw...
tapi maybe dia hari2 tengok mummy masak kot...
(sebenarnya terharu pon ada)...

Bila time mkn mlm semalam...
for the 1st time try kira sedap jugak la ( Cuma dia belum pandai nak 'balance' kan gula garam & asam)

tapi lama2 ok kan...

Ape pon Thanks daddy sebab tlg mummy masak semalam...

Adios....

Thursday 23 June 2011

Hot FM

Hot FM: "Lebih Hangat Daripada Biasa"
Serba sedikit pasal saya...

Asal Johor tp dah dpt PR kat Penang (sebab kawin ngan Orang Penang)
Mummy pada Zaryn Nur Ameena Mohd Zaki (9bulan)

Buat blog ni sekadar suka2 (sambil mencari duit lebih.... hehehe)

sekarang ni tengah mensetabilkan ekonomi rumah tangga... (berdikari)

Wednesday 22 June 2011

Karak

email dari seorang rakan.....
saya panjangkan je...


KISAH KARAK.....
 
Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru)

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.


Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-

Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)

Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).

 
 
MAKA TERSEBUTLAH KISAH....

Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni...dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..

Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.



1.
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2.
Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".
3. Volkswagen kuning

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga.....

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus....

4. Kereta Misteri

KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.


Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di"semadikan" semula di bawah jambatan tersebut!

(sumber dari kosmo!)

 
Jalan Lama Karak
1.
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni....nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik...Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.
Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.
Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung....Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.
4.
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.
Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6
. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80'an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya....lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!
 
ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU :-
GURUN, KEDAH
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.




Kancil yang terbabas

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.

"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

(sumber dari Kosmo!)

 
Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.

(sumber dari Kosmo!)


Duit Senyap



http://says.my/yoon82/invite

joinlah says.my....sebab ianya lebih mudah dan menguntungkan dari churp churp
Mari join...
setiap pendaftaran yang berjaya anda akan dibayar rm1
kalau anda berjaya invite 5 rakan anda join melalui anda...anda akan dapat rm5
kalau 10 orang....rm10
kalau 20 orang...bayangkan
......jadi apa tunggu lagi...joinlah.....semuanya FREE sebab anda dibayar
klik link  ni

DOL tol...

Salam...

Hari2 awal nak biasakan diri dengan blog ni memang susah rupanya...
nasib baik Ibu Arifa tolong klu tak tak taw la hehehe...

half day hantar Myna ke klinik tadi...
ternampak sorang budak cina ni mata dia ada kesan darah beku...
mummy dia kata jatuh... tapi macam kena cucuk je (tak taw la dari pandangan saya la)...
hope budak tu takde ape2 lah kan kesian dia (bby tu baru 6 bln)

ok Adios.....

Tuesday 21 June 2011

relex minda... 7777

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
 
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..
 
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
 
"Yes boss?"
 
"Sini wifi aper dia punya password?"
 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.
 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'
 
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
 
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
 'tujuh empat kali' boleh tak?"

Peace ya....

Hi...

hehehhe dah ada blog...
kredit kat kwn2...

saje la test...

Jom Relex....