Wednesday 9 May 2012

lama tak berblog... rindu la plak...
ni entry saya yang pertama thn 2012 ni... cam tak caya plak...
nak cerita apa ye... macam2 sampai tak tertulis... hampir setengah tahun 2012 ni macam2 jadi...
tapi rasanya sekarang ni saya rindukan kampung, rindu kat ibu... abah & my family kat Johor nun di selatan tanah air... for my Ibu Noor Aini Binti Abd Jabar.. "Happy Mothers day" I luv u so much. walau saya dah jadi mak, saya tetap anak ibu... Saya doakan Ibu supaya sihat sentiasa & di murahkan rezeki. ( ujung tahun ni ibu kan nak dapat menantu lagi, menantu sulung perempuan) Semoga ibu happy sentiasa...

Adios

Wednesday 21 December 2011

Trivia

Fakta :

kajian mendapati janggut lelaki mempunyai hormon testosteron yg amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

--> lelaki 'alim' yang berjanggut lazimnya ada ramai anak. :))

Monday 17 October 2011

Ibu, saya & anak....

Salam...

lama tak post....

Sejak2 ni bz sket sbb nak pindah office...

Semalam pukul 2 pagi masa sy dalam toilet.Zaryn menangis sekuat hati... saya terkejut... saya ingatkan kenapa... rupa2nya dia tengok saya takde kat tempat tido macam selalu...

mula2 saya takut juga la... tapi lepas dia nampak saya dia senyum & dia peluk saya terus tertido...
malam tadi memang saya rasa nak nangis... tetiba saya teringat ibu di kampung...
dulu saya pon macam zaryn... Saya rasa bila peluk ibu tu macam selamat je...
rasa selesa..

Miss u Ibu...

Ibu selalu kata 'bila dah jadi 'Ibu' baru faham perasaan 'Ibu'' now I Knew it...

Thanks Ibu...

I Luv Zaryn so much...
rasanya Ibu pon sayang saya macam mana saya sayang Zaryn...

Ibu I miss u & luv u forever & ever...

Friday 7 October 2011


Resepi Dari kawan

resepi

bahan ke...k choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis

selamat mencuba....
 
kredit pada suharyatie

Friday 30 September 2011

Happy Birthday

happy birthday to me...

http://youtu.be/HWABHryEoxw

Alhamdulillah...
dah 29 thn saya Hidup di Bumi Allah ni
Hahaha...
wish diri sendiri ek...
hahhaha tak kira la...

Thanks kepada yang wish kat saya ye...

Thursday 29 September 2011

alhamdulillah...

Zaryn dah pulih...
tapi malam tadi badan dia panas sikit...
tapi pagi ni ok dah la...

lepas lepas lepas sakit aritu makin ligat plak....
nak tido pon boleh main2 dulu...

ayat yang keluar dari mulut dia yang terbaru...
'tak taw' siap tangan2 lagi....

rindu plak kat dia time2 ni..

Thursday 22 September 2011

MRR Vaccine

Dalam Wikipedia bermaksud imunisasi yang disuntik untuk mencegah campak, beguk, dan rubella (juga dikenali sebagai demam campak Jerman). Ia mula-mula dibangunkan oleh Maurice Hilleman manakala di Merck di akhir tahun 1960-an.

Disuntik secara umumnya diberikan kepada kanak-kanak di seluruh berumur satu tahun, & dos yang kedua sebelum memulakan sekolah (iaitu umur 05/04)


Selasa lepas saya bawak baby Myna ke klinik untuk injection MRR Vaccine. masalah dia kaki dia membengkak semalam then bila di sentuh dia menjerit... hadoi tolong la saya. Semalam saya & Myna tak tido sebab dia merengek

camne ye saya dah risau ni

Jom Relex....