Wednesday 31 August 2011

puding roti karemal


puding roti karemal
bahan2nya;-
4 keping roti gardenia@roti2 lain pun xpa
3 biji te...lur
1 cawan susu pekat
2 cawan air suam
3 sudu gula(bt gula hangus)
1 sudu esen vanila

CARA2NYA;-
carik2kan roti..rendam dalam air suam td.
hanguskan gula dalam loyang..atas api sederhana.sejukkan
kisar roti bersama susu.
telur dipukul sebentar kemudian tapiskan.
masukkan dalam roti td.masukkan esen vanila..kisar lg sebentar.
panaskan kukusan.
masukkan bahan tadi ke dalam loyang yg berisi gula hangus td.
kukus hingga masak..anggaran 40 minit..cucuk dgn garfu utk pastikan puding dah benar2 masak..jika x melekat di garfu..

Tuesday 30 August 2011

RESEPI KEK PELANGI - dapat dari FB


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

250 gm butter
200 gm gula kastor
...4 biji telur gred A
220 gm tepung naik sendiri
5 sudu besar air susu
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan biru
Cara-cara

Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kpd 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.
Ambil 1 adunan kuning merah, hijau, dan biru. Lapiskan seperti dalam gambar,
Bakar 180c selama 1 jam. siap, sapukan krim.

Monday 29 August 2011

PUDING ROTI GULUNG WITh BLUBERRY

Resepinya :-

Bahan:-
...
7 keping roti putih
jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
3 biji telor
40 gm gula kastor
200 ml susu cair/susu sejat
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
30 gm hirisan badam/secukupnya [sy x pakai badam ni, tp gantikan dgn kismis]
sedikit mentega untuk dilenser pd loyang

Cara Menyediakan:-

-buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
-Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
-Pukul telor bersama gula hingga sebati.
-Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
-Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
-Taburkan badam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
-Hidangkan bersama sos kastad

Tuesday 23 August 2011

Iklan Yang menarik sempena Bulan Puasa hehehe

mantap o..iklan ni..hikhik 
 Waktu Siang (Sebelum Buka Puasa)

Waktu Malam (Lepas Buka Puasa)
Ini iklan kat negara seberang sempena bulan puasa..iklan ni ada dua layer, satu utk siang, pinggan mangkuk tuh kosong..(kiranya tak nak bagi orang tergoda la hahahha)
layer dua utk malam, penuh makanan lepas dipasang lampu neon..

Kreatif tak heheheh...



katanya...'Siang Dipendam Malam Balas Dendam'

Juadah Berbuka, Sambal Pais Ikan


Juadah Berbuka, Sambal Pais Ikan

Sambal Pais Ikan.

Resepi Rempah-nya. Udang Atau I...kan
Bahan2nya - Ingredient
1 biji bawang besar - Large Onion
1 1/2 in lengkuas (Galangal)
15-20 ulas cili api - chili padi (atau 6 sudu besar - Chili kisar - Chili Paste)
1 inch halia - Ginger
2 batang cili merah - Fresh Red Chili
3 ulas bawang putih - Garlic
20 ulas bawang merah - Shallot
Semua bahan2 diatas dikisar - All the above to be blended into paste
1 helai daun kunyit - Tumeric Leave
6 helai daun limau perut - Kafir Lime leave
Garam & gula secukup rasa
2 tbspn minyak masak - (Canola/Vegetable)

Cara2nya :-
Panaskan minyak di kuali di api sederhana. Masukan rempah yang sudah dikisar. Goren sampai ia mula kering. Masukan daun kunyit yang dikoyak kedalam. Bila bau aroma ia timbal. Tutupkan api dan biarkan lauk sejuk sebelum di gaulkan kepada Ikan & Udang untuk dibungkus. Letakan daun limau perut yang dihiris seblum Ikan & Udang dibakar atau dikukus di oven.

Sunday 21 August 2011

putu Bammboo


1) 250 gram tepung beras (goreng tanpa minyak)
2) ⅓ cawan air
3) 1 sudu teh garam
4) 1 ½ cawan kelapa parut
5) 1 cawan gula merah
6) 3 biji pisang masak (hiris)
7) Air limau nipis (direnjiskan ke atas hirisanhirisan
pisang)
Buluh bergaris pusat 8cm atau acuan bulat.
Cara :
1) Renjiskan sedikit garam ke atas tepung, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
2) Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaul rata.
3) Masukkan 2 sudu adunan ke dalam buluh/acuan. Masukkan sedikit gula melaka atau
hirisan daun pisang dan tutup dengan 1 sudu kelapa.
4) Kukus selama 10 minit, atau hingga masak.
Sedia untuk dihidangkan.

Wahhh Sedap nie..=)

JOM TRY BUAT..=)

Saturday 20 August 2011

Daging Merah Ala Thai

Ingat tak ari tu saya ada post tentang kawan saya yang mengidam nak makan Daging Merah yang pakcik tu jual...

saya telah mendapat resepinya... rasanya lebih kurang la... Selamat Mencuba


Bahan-bahan ( 4 orang )
·         1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
·         2 ulas bawang putih diketuk
·         1 labu bawang besar dipotong bulat
·         1 sudu besar cili giling
·         Sedikit sos tiram
·         Sedikit sos ikan (thailand - tapi kat pasaraya pon ada
·         Sedikit sos tomato
·         Sedikit minyak untuk menumis
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
1.    Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
2.    Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3.    Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
4.    Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
5.    Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6.    Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7.    Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

Thursday 18 August 2011

Char Kuey Teow

Hi Kawan2 hari ni kita belajar cara2 wat Char Kuey Teow yang agak terkenal di P.Pinang

Cuba la


Bahan-bahan ( 2 org )

...*200 gm udang
*250ml air
*4 ulas bawang putih di ketuk
*6 sb sos tiram
*3 sk kicap pekat
*3 sb kicap manis
*1 sk petis
*2 sb pati ikan bilis / pati udang
*2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
*1 sk gula

* UTK MEE *
*300 gm kuey teow
*1 sb cili boh
*kerang
*sedikit kucai & taugeh
*2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......


Tuesday 16 August 2011

Mee bandung - simple way & jimat

Kawan2 Tetiba je teringin nak makan mee bandung plak...
hahha nak masak ke tak..
ada sesapa nak cuba tak?
tapi rencah saya cuma guna udang + daging je & sayur sawi
sebab bagi saya rasa dia jadi tak best bila letak banyak rencah (ayam, fishball ect hehehe) tapi kalau nak try apa salahnya selera orang masing2 tak sama kan



Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka)
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bahan Kisar
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air
¾ - 1 cawan gula pasir


Hiasan:
-Bawang Goreng,
-Kacang Tanah Goreng Di kisar kasar,
-Cili hidup di hiris

Cara:
-Panaskan minyak dalam kuali
-Tumiskan bahan bahan yang dikisar (Jangan sampai garing)
-Masukkan sos tiram
-Masukkan udang, daging rebus
-Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam (sehingga agak pekat)
Cadangan Hidangan:
Mee bandung ni tak sedap masak in banyak2, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.
-Panaskan kuah (Agak2 satu pinggan) dan masukkan sebiji telur (separuh Masak)
-Masukkan Sawi (daun dan bagi agak2 layu)
- Masukkan mee kuning
-Masukkan kedalam mangkuk & telur diatas,
-Taburkan hiasan

Hidangkan.

P/S
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya.


Selamat mencuba

Friday 12 August 2011

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Tuesday 9 August 2011

Abah...

Baru je dapat berita dari Johor abah masuk hospital...

Patut la dari pagi tadi mata kiri tergerak ( Kata orang tua2 klu mata kiri terkenyit2 ada berita tak baik nak dengar)

Ya Allah jangan la ada apa2 yang tak elok berlaku...

Abah angah nak balik raya ni...
abah tunggu taw...
mcm selalu...
raya ni mesti meriahkan...
sbb cucu abah dah 4 orang....

Abah...
Angah kan dah kata tak payah puasa
abah degil...
abah bukan sengaja tak nak puasa...
abah tak mampu kan??

Abah...
angah rindu sangat kat abah...
abah doktor kata gula abah rendah...
abah jaga makan ye abah...

Abah...
GET WELL SOON...

LUV U ABAH

Saturday 6 August 2011

Israel - Baca ni

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Friday 5 August 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Salam Jumaat...

Selamat berpuasa kwn2...
sekejap je dah hari ke-5

Hari ini saya cuma nak share sedikit info yang datangnya dari kwn saya.... credit for En. Muzafar Mohamed

menarik... cuba la...


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Thursday 4 August 2011

Urgent... Utk Kwn yang mengandung

Salam Ramadhan wahai kwn2 sekalian...

Saya mempunyai masalah...
seorang rakan baik saya sedang mengandung (Alhamdulillah)
& dia telah mengidamkan sesuatu... dan saya sedang mencari benda yang di idamkan itu...

Apa dia benda tu??
Daging Merah - hahahah nampak mcm simple kan?? tapi masalahnya dia nak Daging Merah yang macam Pakcik yang jual Nasi Campur Dekat Pangsapuri Idaman (Seberang Jaya) Tempat asrama budak2 UiTM tu...

Begini ceritanya...
Lebih kurang  10thn lepas (masa study di UiTM P.Pinang) kami punya hostel dekat luar (kat Pangsapuri Idaman tu la) so Dewan mkn memang takde la (tapi dapat elaun mkn)... so setiap hari kami kena beli...
banyak tempat jadi port kitorang beli makanan... tapi ada satu pakcik ni menjual nasi campur guna motor Roda 3 duduk dkt corner luar Pangsapuri tersebut so kami panggil Pakcik Corner la...

Pakcik Corner ni sangat terkenal dengan Daging Merah nya di kalangan budak2 UiTM sebab kelazatan & teramat la murah.... bayangkan Nasik +Daging merah antara 1.20~2.00 je... so berpusu2 orang beli ngan dia... Sapa lambat memang tak dapat la nak merasa daging merah tu.... so memang kitorang sanggup tunggu pakcik tu punya Daging Merah walaupun beratur panjang...

Sekarang ni kawan baik saya ni teringin jugak2 Daging Merah yang macam pakcik tu punya...
masalahnya sekarang
1) dia sekarang duduk KL
2) Rasa pakcik tu tak jual lagi la

Sekarang sesapa yang ada Resepi Daging Merah @ taw blog yang ada resepi Daging Merah tu mintak Tolong ye bagi kat saya (klu boleh saya nak gambar sekali)... sebab dia kata dia nak tengok dulu baru nak masak....

Terimas....

Monday 1 August 2011

Khas untuk ibu2 mengandung - berpuasa di bulan Ramadhan

  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tetapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Selamat Berpuasa Semua....

Salam...
Selamat Berpuasa kepada rakan2 bloger saya sekelian...

macam mana puasa di hari pertama??
Inshaalah sampai la ke petang.....

Hari ini berbuka di rumah Ibu mertua ku...
mak masak Nasi ayam (hohoho sodap tu)

Oh ye nak share la 1 story ni di harap boleh di jadikan 1 pengajaran kepada rakan2 semua

Semalam...
Saya ke Tesco Besar di Gelugor mlm td untuk membeli sedikit keperluan dapur untuk bulan Ramadhan. Kan 1st time kami duduk sendiri di bulan Ramadhan so prepare la na beli barang2...

Kami suka parking di tingkat 1 aras yang ada MC D... sebab jalan tak jauh sangat dari parking nak tolak trolly(Sbb bawa Myna sekali) . Then masa lalu depan Mc D tu nampak la ada sorang budak ni menangis duduk atas mainan yang masuk duit bergerak sambil menangis jerit 'Ibu...'. Sebelah dia family arab bertanya ' where your mum... rupa2nya Dia kehilangan ibunya...

semalam sy menyarankan bahawwa budak itu dibawa ke kaunter pertanyaan di tingkat 2...
Tau tak rupa2nya ibunya terlupa yang dia membawa anaknya bersama & di tinggalkn bermain sementara ibunya sibuk ber shopping...

So kepada ibu @ bapa2 yang membawa anak2 ke tempat awam sila la ingat & berhati2 ye...

oklah selamat beramal

Jom Relex....