Tuesday 5 July 2011

Patut ke????

Ape yang anda cerita adalah benar bukan rekaan tapi kat mana siapa tak boleh di beritahu atas alasan tertentu....

Thanks,
~MummyMyna~

Aku adalah seorang cucu kepada seorang nenek tua...
nenek aku ni teramatlah aku sayang kerana dari kecik aku duduk berdekatan ngan dia (rumah bersebelahan).
nenek aku ni walaupon mulut dia suka potpet2x aku tetap sayang kat dia...

nenek aku ni ada 7 orang anak 4 lelaki 3 perempuan...

tapi aku nak cerita pasal anak dia yang last sekali...

lelaki (poksu aku la)...

umur : sekitar 40-an
kerja : menghabiskan harta makbapak dia

Aku benci sangat dengan dia sebab apa???
sbb dia suka sgt melaga2kan adik beradik yang lain...
bila semua bermasam muka punya la dia suka...
entah macam mana gaduh punya gaduh mereka dapat tau poksu yang mereka2 cerita yang tak betul tentang semua orang... then diorang pon 'Pulau' kan la poksu aku ni

abah cerita masa poksu aku kecik poksu aku ni seorang yang sangat dimanjakan oleh atok & nenek aku almaklumla anak yang last... apa yang dia nak semua dapat walaupun bergolok gadai sekalipon (Atok & nenek aku kira orang yang agak senang gak la)... bila abang & kakak dia marah, dia akan mengadu dengan nenek & mereka2 cerita supaya mereka akan kena marah dengan nenek... sudahnya mereka buat tak taw je kat adik dia yang seorang ni...

perangai poksu berlarutan sehingga dewasa...
makin menjadi2 perangainya selepas sekolah...
kerja tak pernah lekat... asyik bergaduh je kat tempat keje...
pernah supervisor bwk dia ke balai sbb bertumbuk waktu kerja...
tapi nenek tak penah salahkan poksu, semua poksu yang betul...

bila dah tak keja ni dia punya keja sekarang TLDM bukan Tentera Laut Diraja Malaysia tapi Tido Lepak Dan Makan saja kat rumah, duit poket? tentunya nenek aku yang sponsor, sebab pakcik2 & makcik2 aku bg setiap bulan + sawit dan hasil2 kebun yang lain..., tapi kadang2 atok aku pon sesak jugak...
bila nenek tak bg duit dia akan selongkar bilik atok & nenek.... kurang ajar punya anak....

Poksu kawin dah 3kali tapi semua bercerai (semua moksu2 aku baik tapi tak tahan dengan poksu yang panas baran tu)...

masa arwah atok aku nak sakit dulu dia mcm orang gila, seronok sebab atok sakit. hari2 dia bisik kat atok "Abah bila nak mati" ada ke patut? budak sekolah tadika pon taw itu salah.... aku heran kenapa sampai hati dia cakap dengan abah dia cam tu???

Sekarang bila atok dah takde, nenek pon selalu sakit, ibu tak mampu nak jaga walaupun dekat sebab ibu jaga abah (abah sakit kencing manis kronic) & 3 anak kak long, so makcik bawa nenek ke bandar. Bila nenek duduk di bandar poksu bersenang lenang la kat rumah.... semua adik beradik datang dia halau balik...
hasil2 kebun semua dia sapu (tak bagi sesen pon akt nenek) ada ke patut?

hujung minggu lepas aku balik kampung sepupu aku kawin, nenek balik sekali. nenek kata dia teringin nak tido rumah dia, so pokteh & mokteh bawak la ke rumah nenek, malangnya pitu di kunci & di mangga besar... menitis air mata nenek melihat keadaan rumahnya yang di mangga dan kelihatan agak usang....

Mereka pulang semula ke rumah paklong & tido sana...
then nenek dapat panggilan dari poksu yang suruh semua adik beradik betulkan rumah yang kian usang... dia kata lagi dia dah taknak duduk kat rumah buruk tu lagi... dia nak kawin & duduk di Melaka (semua tu rekaan je kami semua tak caya) tapi orang tak sedar nenek menangis mengenangkan sisa2 hidupnya yang tak lama lagi..... wahai Poksu ko insaff la bebetul.... kesian la kat nenek...

2 comments:

Liyana Zahim said...

Pehhh gile kejam pkck anda!

tak kata tulis je.... said...

sangat kejam...

Jom Relex....