Thursday 8 September 2011

Selamat Hari Raya....

Salam & Selamat Hari Raya...

Lama tak update Blog....
Almaklum lah sibuk beraya...
Tahun ni Raya ke dua kami sekeluarga (tahun pertama Myna berhari raya 1 syawal kerana thn lepas dia lahir raya ke-5)...
bertambah seronok lagi bila tahun ni dapat pulang ke kampung (kampung Saya di Johor)...
sampai Mr Hubby mengusik - Tahun ni tak de la nak 'banjir' Penang sbb dapat raya kat Johor..
Satu Johor kami beraya (sampai sakit kaki bila balik penang)
Myna punya la seronok sebab asyik berjalan je...
so bila balik sini dia buat perangai la...
hahahha... seronok bila ragam raya... jengah Tok2 sedara yang semakin uzur, Pakcik makcik yang semakin jelas kedutannya... sepupu2 yang sudah berumahtangga.... adik2 yang semakin membesar....
memang saya rindukan semua ni....
Kalau boleh saya ingin putarkan masa...

Tapi saya tersentuh bila melihat rumah Arwah Nenek (mak kepada Ibu) yang sudah roboh & di gantikan dengan sebuah rumah sewa...
walaupon digantikan dengan rumah sewa (rumah baru) tapi Tiang2 rumah Arwah tetap teguh berdiri...
Teringat masa kecil dimana Arwah menunggu anak2nya pulang berhari raya depan pintu...
dia akan tunggu sehingga anak2nya sampai...

Bila sampai di buatkan Kopi @ air panas & di jamu kepada anak2...

Bila semua berkumpul semasa raya... Ibu & nenek adalah orang yang paling bz menyediakan juadah untuk semua family..... Malam Raya kami (saya & semua cucu Arwah) akan tolong arwah nenek memasang pelita minyak tanah... dalam pukul 8 malam kami akan mula bermain bunga api & mercun (kami budak kecik hanya boleh bermain bunga api) Yang besar akan menyalakan mercun dan yang kecil seperti kami menonton sambil menepuk2 tangan... selalunya aktiviti main mercun & bunga api ni di pantau oleh Poksu Jasni...
kira agak2 bahaya dia tak bagi main @ dia yang akan bakar untuk kami....

Bila Pagi raya kami semua akan pergi ziarah 1 kampung nak raya AKA nak kumpul duit Raya...
tapi bukan macam budak sekarang...
kami akan masuk rumah minum air & makan kuih yang di sediakan... kalau dapat 20sen pon dah cukup bahagia (sekarang punya budak 2 hengget pon kata orang kedekut)

Kemudian bila petang sikit kami akan menziarah sanak saudara yang agak jauh... lagi dapat duit raya...

Bila cuti dah habis semua akan pulang ke bandar....
nenek sekali lagi akan menghantar pulang anak2nya dengan senyuman (tetapi akan bergenang air dimatanya)

kenangan Terindah Di Hari Raya

No comments:

Jom Relex....