Thursday, 7 July 2011

Khamis yang Jerebu

Pejam celik pejam celik dah hari Khamis... Sok Jumaat dah...

Lepas mkn p sunshine keluar duit, lalu kat bank senyap takde orang, lupa yang arini hari cuti kat Penang ni...
Hari ni di bayan baru teramat la jerebu sampai pedih mata td....

Wednesday, 6 July 2011

Kenapa saya tak boleh komen di BLOG sendiri????

Saya nak tanya kawan2 yang expert dalam blog ni....

kenapa saya tak boleh komen saya punya blog sendiri???

ada step ke nak komen??/

kadang2 nak komen orang punya blog pon tak boleh....

herm....

Tuesday, 5 July 2011

‘Impian’ Astro Naikkan Caj Ditolak Kabinet!

‘Impian’ Astro Naikkan Caj Ditolak Kabinet!


takut jugak ASTRO yek....
untung sikit2 sudah la

Peti Ais Baru~~~

Hahaha semalam sampai peti ais kat rumah kira2 pukul 8 mlm...
jenuh tunggu...

Peti Ais 2 pintu sharp je...
lepas 2 jam baru bole pasang current...

sekarang dalam tu cuma ada
  1. Oren zaryn
  2. manggo
  3. air sejuk sebotol
  4. telur 5 biji
nak penuhkan kena la tunggu 10hb

Patut ke????

Ape yang anda cerita adalah benar bukan rekaan tapi kat mana siapa tak boleh di beritahu atas alasan tertentu....

Thanks,
~MummyMyna~

Aku adalah seorang cucu kepada seorang nenek tua...
nenek aku ni teramatlah aku sayang kerana dari kecik aku duduk berdekatan ngan dia (rumah bersebelahan).
nenek aku ni walaupon mulut dia suka potpet2x aku tetap sayang kat dia...

nenek aku ni ada 7 orang anak 4 lelaki 3 perempuan...

tapi aku nak cerita pasal anak dia yang last sekali...

lelaki (poksu aku la)...

umur : sekitar 40-an
kerja : menghabiskan harta makbapak dia

Aku benci sangat dengan dia sebab apa???
sbb dia suka sgt melaga2kan adik beradik yang lain...
bila semua bermasam muka punya la dia suka...
entah macam mana gaduh punya gaduh mereka dapat tau poksu yang mereka2 cerita yang tak betul tentang semua orang... then diorang pon 'Pulau' kan la poksu aku ni

abah cerita masa poksu aku kecik poksu aku ni seorang yang sangat dimanjakan oleh atok & nenek aku almaklumla anak yang last... apa yang dia nak semua dapat walaupun bergolok gadai sekalipon (Atok & nenek aku kira orang yang agak senang gak la)... bila abang & kakak dia marah, dia akan mengadu dengan nenek & mereka2 cerita supaya mereka akan kena marah dengan nenek... sudahnya mereka buat tak taw je kat adik dia yang seorang ni...

perangai poksu berlarutan sehingga dewasa...
makin menjadi2 perangainya selepas sekolah...
kerja tak pernah lekat... asyik bergaduh je kat tempat keje...
pernah supervisor bwk dia ke balai sbb bertumbuk waktu kerja...
tapi nenek tak penah salahkan poksu, semua poksu yang betul...

bila dah tak keja ni dia punya keja sekarang TLDM bukan Tentera Laut Diraja Malaysia tapi Tido Lepak Dan Makan saja kat rumah, duit poket? tentunya nenek aku yang sponsor, sebab pakcik2 & makcik2 aku bg setiap bulan + sawit dan hasil2 kebun yang lain..., tapi kadang2 atok aku pon sesak jugak...
bila nenek tak bg duit dia akan selongkar bilik atok & nenek.... kurang ajar punya anak....

Poksu kawin dah 3kali tapi semua bercerai (semua moksu2 aku baik tapi tak tahan dengan poksu yang panas baran tu)...

masa arwah atok aku nak sakit dulu dia mcm orang gila, seronok sebab atok sakit. hari2 dia bisik kat atok "Abah bila nak mati" ada ke patut? budak sekolah tadika pon taw itu salah.... aku heran kenapa sampai hati dia cakap dengan abah dia cam tu???

Sekarang bila atok dah takde, nenek pon selalu sakit, ibu tak mampu nak jaga walaupun dekat sebab ibu jaga abah (abah sakit kencing manis kronic) & 3 anak kak long, so makcik bawa nenek ke bandar. Bila nenek duduk di bandar poksu bersenang lenang la kat rumah.... semua adik beradik datang dia halau balik...
hasil2 kebun semua dia sapu (tak bagi sesen pon akt nenek) ada ke patut?

hujung minggu lepas aku balik kampung sepupu aku kawin, nenek balik sekali. nenek kata dia teringin nak tido rumah dia, so pokteh & mokteh bawak la ke rumah nenek, malangnya pitu di kunci & di mangga besar... menitis air mata nenek melihat keadaan rumahnya yang di mangga dan kelihatan agak usang....

Mereka pulang semula ke rumah paklong & tido sana...
then nenek dapat panggilan dari poksu yang suruh semua adik beradik betulkan rumah yang kian usang... dia kata lagi dia dah taknak duduk kat rumah buruk tu lagi... dia nak kawin & duduk di Melaka (semua tu rekaan je kami semua tak caya) tapi orang tak sedar nenek menangis mengenangkan sisa2 hidupnya yang tak lama lagi..... wahai Poksu ko insaff la bebetul.... kesian la kat nenek...

Friday, 1 July 2011

Bahaya Panadol

Mummy terbaca entry pakarhowto... terbaca la entri pasal panadol.... teringat arwah Tok Jabar (Al-Fatihah), Tok saya dulu seorang guru muzik... dia orang yang paling susah nak di bawa ke hospital dia kata ubat di hospital adalah untuk membunuh kita, bukan memulihkan kita...
sekarang barulah Mummy faham apa maksudnya itu...

http://pakarhowto.com/info-berguna/bahaya-paracetamol-panadol.html



Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.
Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.
Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. (Saya rasa ramai yang dah dapat @ baca artikel ini sebelum ni).
Ramai juga yang forward atau share kan info ini di facebook masing-masing. Saya juga ada terbaca dalam facebook kawan-kawan saya.
Semua orang nampaknya begitu concern dan prihatin terhadap masalah ini. Menunjukkan rakyat Malaysia ni dah semakin peka terhadap perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini satu perkembangan yang bagus.
Kepada yang masih belum terbaca tentang perkara ini. Saya kongsikan dengan anda catatan artikel tersebut.

Bahaya Paracetamol (Panadol @ Actifast)

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).

Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Kalau nak lebih mudah, 1 cawan isotonik dicampur dengan 2 cawan air biasa.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah ;
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda

Hari ini hari jumaat

Salam Jumaat....

mlm td tak lena tidur sebab Myna batuk seteruk nenek tua yang terlalu banyak isap rokok...
kesian kan dia, lagi plak dia selsema...

Mummy teringat tok ibu pernah kata klu anak selsema sapukan kunyit parut + sedikit kapur makan
pada batang hidung nya, sbb Tok ibu kata kalau kita sedut hidung takut sakit kat bby la kan...  Alhamdulilah
pg tadi saya tengok dah kering hingus Myna....

Cuma batuk je belum reda... tadi Mummy ada sembang dengan bloger Azimah dia kata 'cuba bakar bawang putih then tumbuk & ambil minyaknya... sapu pada dada & belakang badan...

kejap lagi balik keja mummy nak try la...

hehehe selamat mencuba...

Jom Relex....